top of page

TRADING PLAN

PENGENALAN


Trading Plan adalah satu teras panduan sebelum tindakan pembelian saham. Tujuan utama Trading Plan adalah untuk mengenalpasti kawasan harga dan masa yang tepat untuk masuk membeli saham. Trading plan ini adalah penting untuk semua trader. ​


Apabila seseorang trader tidak memiliki trading plan, kerugian akan lebih kerap berlaku daripada keuntungan. Situasi ini menyebabkan modal akan hangus dengan lebih cepat.


​Seterusnya, dengan memiliki trading plan sendiri, trader disarankan menguasai disiplin yang dikenali 3 Monkey dalam falsafah dunia saham, dengan menguasai 3 Monkey ini, trader akan menjadi lebih disiplin dan cenderung dalam konsisten menjana keuntungan dalam saham.​



KEPENTINGAN TRADING PLAN


Empat tujuan utama dalam Trading Plan;


​1. MENJANA KEUNTUNGAN YANG KONSISTEN


Secara kesimpulannya, memiliki trading plan akan membantu dalam setiap tindakan membeli, memegang dan menjual saham. Setiap situasi ini memiliki sandaran tersendiri yang telah di buat dalam kajian pada carta harga saham sebelum pembelian dilaksanakan. Situasi ini akan membantu untuk mencipta keuntungan daripada kerugian.​​​



2. MENGAWAL KEWANGAN MODAL (MONEY MANAGEMENT)


Dalam trading plan, kawasan risiko modal pastinya telah di kaji terlebih dahulu sebelum melaksanakan pembelian. Setiap trading plan adalah berbeza mengikut teknik yang akan digunakan, mengikut kesesuaian keadaan pada situasi semasa di carta pergerakan sesuatu saham. Kawalan modal ini akan lebih kelihatan dalam situasi menjual dalam keadaan rugi iaitu (cut loss) yang bertujuan untuk mengurangkan sekecil munkin kos kerugian yang akan di tanggung oleh trader, apabila harga saham bergerak berlawanan dengan kajian yang telah dibuat sebelum pembelian.​



3. PANDUAN MEMBELI


Tujuan utama trading plan pastinya untuk membantu dalam melaksanakan pembelian di masa yang tepat. Kajian perlu dibuat secara terperinci, kemudian mengenalpasti teknik yang sesuai mengikut keadaan pergerakan harga saham. Ketepatan pembelian pada harga saham sangat penting untuk menciptakan peluang keuntungan pada sesuatu saham.



4. MENGAWAL KEADAAN DI LUAR KEWARASAN


Situasi ini kerap dihadapi oleh trader apabila berada dalam situasi keuntungan dan situasi kerugian.Lazimnya, apabila mengalami situasi keuntungan, trader akan terus memegang saham sambil mengharapkan harga akan terus naik, hal ini menyebakan trader menjadi tamak, apabila harga jatuh akan menyebabkan peluang mendapatkan keuntungan yang tinggi telah gagal. Situasi ini menyebakan trader akan menyesal.Bukan itu sahaja, apabila trader berada dalam situasi kerugian, trader akan terus memegang dalam keadaan rugi sambil mengharapkan harga akan naik, apabila harga terus jatuh, kerugian yang sedikit menjadi besar.Dengan memiliki trading plan akan membantu trader untuk mengawal diri daripada melakukan kesalahan ini.



STRATEGI MENCIPTA TRADING PLAN


1. ENTRY POINT ( EP )


Kedudukan harga untuk masuk membeli adalah dikenali sebagai Entry Point (EP), trader wajib tahu kawasan harga yang sesuai dan tepat untuk membeli melalui kajian dan teknik yang digunakan. Ketepatan dan ketajaman dalam melaksanakan EP akan membantu untuk cipta peluang keuntungan dalam pelbagai situasi pergerakan harga saham, sama ada harga sedang manaik dan harga sedang menurun.


Setiap kali EP dilakukan, mestilah mempunyai kajian dan sandaran yang kukuh, iaitu "mengapa pembelian dibuat" bagi mengelakkan daripada membeli mengikut emosi yang pastinya boleh menyebabkan kerugian.​



2. TAKE PROFIT ( TP )


Mengambil keuntungan pada penjualan saham adalah Take Profit (TP), untuk mengambil keuntungan adalah satu situasi yang telah dirancang semasa kajian saham yang telah di letakkan dalam trading plan.


Tujuan TP adalah untuk mendisiplinkan trader apabila telah mencapat matlamat harga yang telah dirancang, trader wajib menjual bagi mengelakkan situasi kerugian.


Ketajaman TP bergantung kapada situasi semasa pergerakan saham dan kajian serta sandaran yang telah dibuat sebelum pembelian saham. Situasi TP adalah berbeza bergantung kepada jenis teknik yang digunakan untuk membeli saham. 



​3. HOLD


Situasi HOLD adalah memegang saham dalam tempoh waktu tertentu, justeru, situasi ini akan berlaku apabila pembelian saham yang telah dilaksanakan akan disimpan untuk tempoh waktu tertentu. Sebagai contoh, situasi ini akan digunakan dalam teknik Mid Term yang lazimnya akan menyimpan lebih dari sehari setelah pembelian.


Selain itu, situasi ini juga berlaku sekiranya harga belum mencapai TP untuk menjual saham. Secara kesimpulannya, kawalan emosi dan pengalaman adalah sangat penting pada situasi HOLD saham kerana banyak kemungkinan akan berlaku yang akan menyebakan trader membuat keputusan di luar kawalan.


Oleh itu, perancangan HOLD dalam trading plan adalah bersifat tidak tetap (flexible), iaitu bergantung kepada situasi semasa dan pergerakan harga saham. Semasa dalam situasi HOLD, trader wajib membuat kajian demi kajian untuk memaksimumkan keuntungan pada saham yang sedang memiliki keuntungan.



​4. STOP LOSS / CUT LOSS ( SL / CL)


Pejualan dalam keadaan rugi dikenali sebagai Stop Loss/Cut Loss, untuk lebih terperinci maksud SL/CL ini adalah memotong kerugian lebih cepat atau mengurangkan kerugian yang minima, apabila saham yang dibeli mengalami kerugian walaupun kajian telah dibuat dengan terperinci tetapi harga saham bergerak bertentangan dari kajian.


Secara umumnya, pelaburan saham adalah konsep perniagaan, oleh itu, trader tidak akan sesekali terlepas dari kerugian, SL/CL ini akan memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan kerugian seboleh yang munkin dalam menjaga modal pelaburan.


Seorang trader yang hebat adalah seseorang yang cepat membuat tindakan SL/CL, pengalaman dan disiplin yang tinggi dalam menentukan tindakan SL/CL dibuat yang pastinya situasi ini berlaku semasa saham mengalami kerugian, dalam waktu yang sama trader sedang mengalami tekanan emosi akibat kerugian yang berlaku.


Oleh itu. trader mesti miliki ketenangan dalam melakukan tindakan SL/CL. Di sarankan apabila SL/CL telah dibuat, trader perlukan sedikit jangka waktu untuk bertenang sebelum kembali membali saham. Ketetapan dan ketajaman pada kawasan harga  SL/CL ini wajib ada dalam trading plan, ianya juga telah di kaji dengan lebih terperinci dan bergantung kepada jenis teknik yang akan digunakan untuk pembelian saham.



JENIS TRADING PLAN (TEKNIK DIGUNAKAN)


Trading plan adalah satu panduan asas dalam menentukan setiap tindakan dalam pelaburan saham. Setiap tindakan telah dikaji dengan terperinci dan mendalam yang kemudiannya disesuaikan dengan teknik yang akan digunakan.


Bukan itu sahaja, trading plan yang dicipta adalah berkait rapat sengan sikap, tingkah laku dan kawalan emosi seseorang trader. Trading plan adalah berbeza mengikut teknik pembelian saham.


Trader yang cermelang adalah akan disiplin ikut trading plan yang dicipta tanpa memiliki hujah yang akan merubah trading plan asal. Situasi ini sangat kelihatan apabila situasi meminta untuk SL/CL, trader wajib melakukannya segera tanpa ada alasan.


Di bawah adalah contoh perkongsian teknik dan keseuaian trading plan:

  • TEKNIK SHORT TERM - SCALPER, INTRADAY, BTST

  • TEKNIK MID TERM - DARVAS BOX,

  • RVOLTEKNIK LONG TERM - INVESTMENT, DIVIDENT

  • DISIPLIN TRADING PLAN

Trading plan adalah panduan sebelum pembelian saham dilaksanakan. Disiplin mengikuti trading plan yang telah dibina adalah penting tanpa ada bantahan. Elakkan sesekali mengubah trading plan semasa memegang saham.


Justeru, apabila telah mencapai paras untuk jual (TP), lakukan tindakan penjualan segera, begitu juga apabila telah berada di paras cut loss (CL/SL), lakukan segera. Trader yang konsisten untung (profit) adalah trader yang memiliki disiplin yang tinggi untuk sentiasa ikut peraturan trading plan miliknya sendiri.


​Trading plan boleh berubah-ubah mengikut teknik dan kajian yang telah diperincikan. Elakkan mengubah trading plan selepas pembelian dibuat dan berada pada situasi memegang saham. Jika terlalu ingin mengubah trading plan semasa memegang saham, pastikan jual dahulu saham yang sedang dipegang, kemudian masuk semula membeli dengan menggunakan trading plan yang baru.​


Menurut Lagenda Trader All of Time, Ed Seykota:​

The trading rules I live by are:

1. Cut losses.

2. Ride winners.

3. Keep bets small.

4. Follow the rules without question.

5. Know when to break the rules.

© 2024 by Jerung Saham : Trade like Sniper

  • Whatsapp
  • telegram logo
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube

Proudly created  JERUNG SAHAM

bottom of page