top of page

SETUP KOMPUTER DAN PHONE

SETUP KOMPUTER DAN PHONE

 

Setup workstation untuk berdagang dan melabur saham adalah bergantung kepada kesesuaian individu, sama ada dalam situasi setempat dan mudah alih.



1. WORKSATION STATIK

Untuk para pedagang dan pelabur saham disarankan untuk menyediakan satu kawasan workstation iaitu menyediakan satu komputer yang lengkap dengan 2 monitor supaya memberi keselesaan semasa berdagang dan melabur saham. Penyediaan workstation ini penting untuk memberi sepenuhnya tumpuan semasa melaksanakan kajian, jual beli dan mengatur strategi.

 

Untuk menjimatkan kos kepada pedagang dan melabur saham, menyediakan laptop dan 2 monitor adalah memadai, tetapi apabila telah memiliki modal, mestilah upgrade workstation iaitu menambah satu CPU dan monitor. Setup yang terbaik adalah memilki lebih dari 3 monitor untuk lebih selesa.

 

Hal ini kerana, semasa berdagang dan melabur saham, kajian, monitor kaunter, platform broker dan berita semasa perlu dipantau dalam satu masa yang sama untuk tujuan mencipta peluang untuk menjana keuntungan.

 

Pedagangan dan pelaburan saham adalah satu kerjaya bidang perniagaan yang boleh memberi pendapatan (income) kepada individu secara berterusan sekiranya di sertai dengan kelengkapan workstation, minat dan dilaksankan secara serious. Hal ini dapat dibuktikan dengan kewujudan perniagaan Bursa Malaysia yang telah lama ditubuhkan bermula dari tahun 1930 yang dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), untuk sejarah Bursa Malaysia yang lengkap, sila layari pautan di bawah. https://ms.wikipedia.org/wiki/Bursa_Malaysia



2. WORKSTATION MUDAH ALIH

Kelengkapan untuk workstation mudah alih adalah alatan yang mudah dibawa untuk tujuan jual beli, kajian dan pemantauan saham apabila berada jauh dari workstation statik iaitu dengan menyediakan alatan-alatan yang lebih kecil dan ringan seperti phone, tablet dan laptop.

 

Situasi workstation ini lebih digunakan semasa travel dan urusan luar yang perlu dilaksanakan dalam waktu pasaran saham.

 

Pedagang dan pelabur saham di nasihati, apabila ingin membeli dan menjual saham dengan menggunakan workstation mudah alih ini, elakkan membeli saham dengan menggunakan jumlah modal yang besar, sebaliknya gunakan jumlah yang kecil bagi tujuan mengelakkan kerugian yang tinggi. Hal ini kerana, dengan kesibukan urusan di luar, akan menyebabkan pembelian yang dilaksanakan kurang tajam dan hasil pembelian akan kurang menguntungkan. Hal ini dibuktikan, apabila membeli dan menjual saham dalam situasi menggunakan phone dan tablet, pandangan kajian dan pemantauan harga saham akan mengecil, seterusnya akan mempengaruhi pendapat untuk pembelian dan penjualan saham.

 

Sebaiknya, apabila berada dalam situasi workstation mudah alih, pedagang dan pelabur saham mestilah lebih santai dan gunakan hanya untuk memantau pegangan saham-saham semasa yang berada dalam portfolio. Pemantauan ini bertujuan untuk memastikan saham yang dipegang berada dalam situasi yang menguntungkan, sekiranya harga saham yang dipegang jatuh dalam jumlah yang tinggi, cut loss mesti dilaksanakan segera supaya mengelakkan kerugian yang lebih besar.




CADANGAN BILANGAN MONITOR UNTUK PEDAGANG & PELABUR SAHAM SAHAM

( WORKSTATION STATIK )


Monitor adalah satu alat yaang penting untuk memantau harga saham, berita semasa, portfolio pegangan saham, pemilihan kaunter saham dan kajian carta harga saham. Oleh itu, wajarlah pedagang dan pelabur saham menyediakan monitor bergantung kepada kesesuaian teknik yang digunakan.


Cadangan bilangan monitor untuk pedagang saham dan pelabur saham adalah berdasarkan teknik dan kajian yang digunakan adalah seperti dibawah:


PEDAGANG SAHAM

1) SCALPER - 6 MONITOR DAN KE ATAS

2) INTRADAY - 4 MONITOR

3) SHORT TERM - 3 MONITOR

3) MID TERM - 2 MONITOR


PELABUR SAHAM

1) INITIAL PUBLIC OFFER (IPO) - 2 MONITOR

2) DIVIDENT - 2 MONITOR




NILAI HARGA KOMPUTER UNTUK WORKSTATION STATIK


Nilai harga untuk satu set komputer yang lengkap adalah sekitar RM 2000 hingga RM3000 bergantung dengan jenis spesifikasi komponen.


Team Jerung Saham telah menyediakan satu set komputer untuk pedagang dan pelabur saham

https://www.jerungsaham.com/shop


© 2024 by Jerung Saham : Trade like Sniper

  • Whatsapp
  • telegram logo
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube

Proudly created  JERUNG SAHAM

bottom of page