top of page

SAHAM SYARIAH DAN KONVENSIONAL

SAHAM KONVENSIONAL


Saham konvensional adalah saham yang beroperasi tanpa mengikuti garis panduan syariah. Antara perniagaan yang tidak patuh syariah adalah:


  • Bank dan kewangan konvensional (riba).

  • Pembrokeran saham atau perdagangan dalam sekuriti yang tidak diluluskan Syariah.

  • Insurans konvensional (gharar and riba).

  • Operasi perjudian, permainan, kasino dan nombor ekor (maysir).

  • Menghasilkan, berdagang, mengangkut atau menyimpan barangan dan perkhidmatan terlarang seperti khinzir, makanan tidak halal, alkohol dan pornografi.

  • Penjualan atau penghasilan tembakau



SAHAM SYARIAH (ISLAMIK)


Pelaburan patuh Syariah dikawal selia oleh beberapa peraturan serta parameter Syariah. Ia tidak hanya dilihat sebagai pelaburan yang dipengaruhi peraturan yang terlalu ketat, sebaliknya satu bentuk pelaburan beretika dan bertanggungjawab sosial.


Dari sudut pandang Syariah, pelaburan dalam saham adalah dibenarkan asalkan aktiviti perniagaan tersebut termaktub dalam parameter dan garis panduan Shariah. Bagi memastikan pelaburan mematuhi Syariah, dua peringkat saringan dilaksanakan iaitu aktiviti perniagaan (saringan sektor) dan saringan kewangan.

Selepas selesai proses saringan sektor, syarikat-syarikat perlu melalui proses saringan kewangan bagi penilaian lanjut berkaitan pembiayaan hutang berasaskan faedah dan pendapatan berasaskan faedah. Kelonggaran untuk sebahagian pembiayaan dan pendapatan berasaskan riba harus diberikan. Ia memandangkan ketetapan yang terlalu ketat bagi syarikat patuh Syariah untuk tidak mempunyai sebarang pembiayaan berasaskan faedah atau pelaburan dan deposit berkaitan faedah akan menyekat ruang pelaburan melibatkan saham boleh labur yang tersedia kepada pelabur Muslim.


Nisbah kewangan yang digunakan untuk mengukur kuantum pembiayaan dan pendapatan berasaskan faedah bergantung kepada sandaran indeks (atau bidang kuasa Syariah) yang digunakan.

Leveraj (nisbah hutang kepada jumlah aset atau kepada jumlah permodalan pasaran) turut dikaji bagi menilai berapa besar perniagaan itu dibiayai oleh instrumen hutang berfaedah. Jika laveraj melepasi had yang ditetapkan, saham syarikat itu tidak boleh dikategorikan sebagi pelaburan patuh Syariah.


Lazimnya saham yang patuh syariah di platform Mplus memiliki simbol ° di akhir namanya, manakala saham konvensional tidak memilikinya. Simbol ini bertujuan untuk membezakan saham syariah dan saham konvensional.



© 2024 by Jerung Saham : Trade like Sniper

  • Whatsapp
  • telegram logo
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube

Proudly created  JERUNG SAHAM

bottom of page