SAHAM DAN WARRANT
SAHAM (SAHAM INDUK / MOTHER SHARE)

Pelaburan Saham adalah pegangan hak milik sesebuah syarikat dalam bentuk ekuiti. Pembelian saham dapat dilaksanakan secara online dan offline, setelah pembelian berjaya, individu akan memiliki hak dalam aset syarikat yang memberi pulangan apabila syarikat mencatat keuntungan secara tunai. Terdapat lebih 900 syarikat yang berdaftar di Bursa Malaysia.
Secara asasnya, syarikat mengapungkan saham di pasaran saham adalah untuk mendapatkan dana untuk mengembangkan syarikat untuk bersaing dengan syarikat-syarikat mega yang lainnya. Selain itu, Saham Induk tidak memiliki tarikh luput/tamat.
WARRANT (SAHAM ANAK)
1. RINGKASAN MAKSUD WARRANT

Waran merupakan instrumen yang memberi hak kepada para pelabur untuk menjadi pemegang saham pada masa akan datang. Instrumen ini memberi peluang bagi para pelabur yang tidak mempunyai modal yang besar untuk memiliki hak tersebut terlebih dahulu. Kemudian pada masa hadapan apabila wang modal telah mencukupi, mereka boleh menukarkan waran ini kepada mother share dengan bayaran yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar waran tersebut. Bayaran tambahan ini dikenali sebagai exercise price.

Secara ringkasnya, waran merupakan deposit pembelian ke atas mother share bagi para pelabur yang mahu membeli saham sesuatu syarikat namun tiada modal yang mencukupi. Ia seolah-olah para pelabur membuat tempahan untuk membeli saham syarikat tersebut pada masa akan datang apabila wang modal mereka telah mencukupi kelak.
Walaubagaimanapun, dengan memegang waran sebenarnya tidak menjadikan sebagai pemilik syarikat berbanding jika memegang saham induk. Ianya hanyalah sekadar memberi pilihan untuk menukar kepada saham induk dan untuk menggalakkan lebih ramai pelabur untuk berpartipisi di dalam pelaburan.
Hal Ini kerana, pemegang Saham Waran juga tidak akan diberikan sebarang dividen atau bonus daripada syarikat tersebut. Kurangnya pengetahuan pelabur dalam ilmu sebenar saham waran adalah merupakan salah satu penyebab kenapa saham waran tidak popular berbanding saham lain.
2. WARRANT SYARIKAT

Merupakan waran yang dikeluarkan oleh pihak sesebuah syarikat, bertujuan untuk mendapatkan dana tambahan bagi tujuan pengembangan syarikat, membayar hutang atau membiayai projek kontrak yang diperolehi. Simbol waran ini dikenali oleh huruf WA, WB, WC dan sebagainya.
WA adalah merujuk kepada waran yang pertama yang diterbitkan oleh syarikat. Apabila waran yang pertama telah tamat tarikhnya, maka terbitlah pula waran yang kedua, iaitu WB, kemudiannya yang ketiga, WC, dan sebagainya. Waran jenis ini adalah berstatus patuh syariah.
3. WARRANT BERSTRUKTUR (STRUCTURED WARRANT)
Structured warrant pula merupakan waran yang diterbitkan oleh pihak ketiga, iaitu rumah broker yang layak ataupun institusi kewangan. Terdapat dua jenis structured warrant, iaitu Call Warrant dan juga Put Warrant. Simbol waran ini dikenali dengan huruf C, H dan sebagainya. Misalnya C11, H18.
Structured warrant mula berada dalam Bursa Malaysia mulai tahun 2012, di mana bank yang pertama menerbitkan structured warrant ini adalah CIMB, kemudian diikuti oleh AmBank, Maybank Investment, Kenanga Investment Bank Berhad dan sebagainya.

Di hujung nama waran itu, diletakkan bahawa Call Warrant atau pun Put Warrant itu diterbitkan oleh broker-broker yang berkenaan, misalnya TENAGA yang merujuk kepada Tenaga Nasional Berhad, CIMB Bank, MAYBANK dan lain-lain.

Structured warrant sebenarnya masih agak baharu wujud dalam pasaran Bursa Malaysia, maka ia masih lagi dalam kajian. Buat masa ini, waran jenis ini masih belum disenaraikan sebagai patuh syariah kerana terbitan pihak ketiga dan tiada bersandarkan saham yang sebenar terbitan syarikat tersebut.

