PENGURUSAN KEWANGAN
PENGENALAN
Pelaburan dan pedagangan saham memiliki kaedah kawalan kewangan yang tersendiri. Kawalan kewangan adalah sangat penting untuk pemantauan modal yang dilaburkan untuk menjana keuntungan.
Kawalan kewangan memerlukan disiplin yang tinggi supaya modal yang dilaburkan tidak mengalami kerugian.
KAWALAN KEWANGAN UNTUK PEDAGANG SAHAM (TRADER)
MONEY MANAGEMENT
Kawalan kewangan untuk modal pelaburan adalah pecahan pembahagian modal mengikut jenis teknik untuk membeli saham
Teknik yang tinggi risiko mestilah menggunakan modal rendah berbanding teknik yang rendah risiko
Teknik yang tinggi risiko adalah teknik short term iaitu scalper, intraday dan BTST
Teknik middle term adalah risiko kelas pertengahan iaitu teknik darvas box dan teknik jerung spike
Teknik longterm adalah paling rendah risiko iaitu teknik divident
Ipo juga boleh dimasukkan dalam portfolio tetapi memerlukan modal yang tinggi untuk mendapatkan kelulusan

MODAL SAHAM (PECAHAN)
Berikut adalah cadangan portfolio kewangan yang boleh dijadikan rujukan
SASARAN KEUNTUNGAN
Trader saham perlulah menetapkan sasaran keuntungan dalam tempoh tertentu seperti;
Sasaran keuntungan sehari.
Sasaran keuntungan seminggu.
Sasaran keuntungan sebulan.
Sasaran keuntungan setahun.
Sasaran keuntungan ditetapkan dalam kaedah seperti:
Percentage daripada modal
Jumlah RM daripada modal
Jumlah bid daripada kenaikan harga saham
Contohnya, dalam portfolio telah menetapkan sasaran keuntungan RM1,000 untuk setiap bulan
Sasaran keuntungan ini bergantung kepada individu untuk menetapkannya, apabila telah memiliki sasaran mestilah mematuhi sasaran apabila telah mencapai target.
RISIKO KERUGIAN DALAM TRADING (CUT LOSS)
Kawalan risiko adalah sangat-sangat penting untuk mengawal kerugian dalam pembelian sahamKawalan risiko memerlukan disiplin yang tinggi untuk membuat keputusan, iaitu apabila telah capai paras tetapan risiko, wajib tekan button sell untuk mengelakkan kerugian yang lebih banyak.

Elakkan berharap harga akan naik ke paras pembelian apabila telah mengalami kerugian, situasi berharap ini adalah punca utama seseorang trader mengalami kerugian yang tinggi sehingga boleh menyebabkan semua modal terpendam di kaunter yang sedang rugi dalam tempoh waktu yang panjang.Penetapan risiko ini bergantung kepada individu berkenaan nilai yang sangkup di tanggung apabila mengalami kerugian.
Cadangan terbaik adalah penjual awal semasa kerugian untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar contohnya, apabila mengalami kerugian RM100, terus cut loss (jual saham) begi mengelakkan kerugian yang lebih besar.Terdapat 2000+ kaunter dalam papan carta bursa Malaysia, apabila mengalami kerugian, bertindak segera cut loss (jual) kemudian kaji kaunter yang lain untuk mencipta peluang menjana keuntungan, tidak perlu berharap dan meratapi kerugian pada kaunter yang sedang dialami.
Trader adalah seseorang yang tinggi disiplin dan bijak dalam kawalan kewangan apabila berhadapan dengan situasi kerugian.Kawalan risiko di tetapkan dalam pelbagai kaedah sepertiJumlah percentage daripada jumlah modal pembelianJumlah RM daripada jumlah modal pembelianJumlah Bid daripada paras entry pembelian
Contohnya, dalam portfolio telah menetapkan sasaran kerugian RM100 untuk setiap pembelian.

MENGAMBIL KEUNTUNGAN DARI MODAL BULANAN
Sebagai seorang trader full time atau part time, mesti memiliki tetapan pengeluaran dari keuntungan yang telah dijana.
Pengambilan keuntungan adalah bertujuan seperti berikut;
Pendapatan bulanan (trader-full time)
Penghargaan untuk diri sendiri (Reward)
Pengembangan portfolio kewangan
Simpanan tunai untuk jangka panjang
Tetapan had pengeluaran adalah seperti berikut;
Nilai % daripada keuntungan bulanan
Nilai RM daripada keuntungan bulanan
Nilai keuntungan yang di tetapkan untuk pengeluaran mestilah kurang dari 50% dari nilai janaan keuntungan saham dalam sebulan.
Elakkan mengeluarkan lebih dari 50% atau 100% keuntungan, kerana akan memberi kesan melambatkan pengembangan modal dalam portfolio saham.
Kawalan pengeluaran keuntungan ini penting untuk menjaga dan mengembangkan modal yang di dalam akaun saham.
PENUTUP
Secara tuntasnya, kawalan kewangan adalah satu bahagian yang penting untuk trader saham memahaminya dengan lebih terperinci.
