PENGENALAN SAHAM
1. PELABURAN SAHAM
Pelaburan Saham adalah pegangan hak milik sesebuah syarikat dalam bentuk ekuiti. Pembelian saham dapat dilaksanakan secara online dan offline, setelah pembelian berjaya, individu akan memiliki hak dalam aset syarikat yang memberi pulangan apabila syarikat mencatat keuntungan secara tunai. Terdapat lebih 900 syarikat yang berdaftar di Bursa Malaysia.
Mencipta keuntungan di pelaburan saham memiliki 2 kaedah iaitu kaedah berdagang saham dan kaedah melabur saham, berdagang saham adalah membeli sesuatu saham syarikat pada harga yang rendah kemudian menjual pada harga yang lebih tinggi dam tempoh waktu yang singkat. Manakala pelabur saham adalah membeli saham kemudian menyimpan untuk tempoh waktu yang panjang demi mendapatkan keuntungan dalam bentuk faedah (divident).
KELEBIHAN PELABURAN DAN PERDAGANGAN SAHAM
1. MUDAH DICAIRKAN

Setelah memiliki ekuiti saham di sesebuah syarikat, pemilik saham memiliki hak untuk mencairkan pegangan saham pada bila-bila masa tanpa halangan, mudah dan pantas. Hal ini kerana saham bukan sesuatu yang berbentuk fizikal yang sukar dicairkan seperti emas fizikal dan hartanah. Pemilik saham boleh mencairkan saham dengan kaedah menjual saham yang ada di portfolio. Penjualan ini boleh di laksanakan secara online, seterusnya mengeluarkan wang melalui akaun CDS ke akaun bank yang di ingini.
2. TIADA BATAS UNTUK MENJANA KEUNTUNGAN

Lazimnya, saham tidak memiliki batas untuk mencipta keuntungan yang bergantung kepada sikap individu dan pengalaman yang dimiliki. Bukan itu sahaja, penggunaan teknik yang betul mengikut kesesuaian diri sendiri sangat penting untuk mencipta peluang dan memaksimumkan keuntungan. Teknik yang betul memerlukan penilitian yang panjang dan berterusan sehingga berjaya konsisten mencipta keuntungan, hal ini kerana, setiap individu memiliki sikap dan personaliti yang berbeza khususnya pada bahagian kawalan emosi apabila berhdapan dengan situasi profit dan loss, disebabkan hal ini, terhasilnya perbagai jenis gaya berdagang saham iaitu Scalper, Intraday, BTST, Mid Term dan Long Term.
3. DILAKSANAKAN SECARA FULL TIME ATAU PART TIME

Pelaburan dan perdagangan boleh dilakukan bergantung kepada minat seseorang samaada cenderung kepada full time mahupun part time. Malahan, terdapat juga yang hanya target untuk mendapatkan divident setiap tahun yang mana pelaburan ini lebih selamat. Pembelian saham boleh dilaksanakan pada market buka iaitu pukul 9 pagi sehingga 5 petang, bukan itu sahaja, pembelian juga boleh dilaksanakan pada market tutup mengikut langkah-langkah tertentu.
PERBEZAAN PELABUR SAHAM DAN PEDAGANG SAHAM


