top of page

MARKET TREND

PENGENALAN


Market Trend adalah istilah kepada keadaan hala tuju pergerakan saham pada sesuatu kaunter. Pergerakan harga ini terhasil daripada transaksi pembelian dan penjualan saham. 

Lazimnya, pergerakan harga saham di kenali sebagai market trend.

Market Trend memiliki 3 jenis iaitu:

  1. Uptrend : Harga menaik

  2. Downtrend : Harga menurun

  3. Sideway : Harga mendatar

Setiap trend memiliki kelebihan dan kekurangan yang mesti difahami, setiap trend boleh di sesuaikan mengikut teknik dan trading plan yang sesuai, untuk mencipta peluang dalam menjana keuntungan dalam pelaburan/pedagang saham.

Walaupun pelabur/pedagang mempunyai potensi untuk menjana keuntungan melalui ketiga-tiga jenis trend ini melalui strategi pelaburan yang bersesuaian, namun pelabur/pedagang terutamanya pelabur/pedagang baru sangat digalakkan untuk melabur dalam saham yang uptrend.


1. UPTREND : HARGA MENAIK > BULLISH

Pergerakan harga Uptrend adalah harga saham sentiasa menghala ke atas/tinggi yang mencipta Higher Highs dan Higher Lows.​


Uptrend juga membentuk gelombang yang dikenali sebagai higher swing lows dan higher swing highs.​

Selagi pergerakan saham mencipta gelombang harga higher swing lows dan higher swing highs, ini bermakna harga masih berada dalam posisi Uptrend.​


Pada pergerakan saham, Uptrend akan sentiasa mencipta New High dalam satu-satu tempoh tertentu bergantung sejauh mana harga akan naik sebelum harga akan jatuh yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor.​


Pelbagai jenis teknik pembelian yang boleh disuaikan untuk uptrend antaranya beli pada harga yang telah melepasi resistance (higher High) atau beli pada harga yang memiliki momentum apabila berada di support (higher Low).​


Pembelian saham pada situasi Uptrend ini terlalu sesuai digunakan kepada pelabur/pedagang yang baru dalam dunia salam. Situasi Uptrend lebih mudah dijangka untuk mencipta peluang keuntungan berbanding situasi Downtrend dan Sideways yang lebih memerlukan pengalaman yang panjang dalam dunia saham.



2. DOWNTREND : HARGA MENURUN > BEARISH

Pergerakan harga Downtrend adalah harga saham sentiasa menghala ke bawah/rendah yang mencipta Lowers Lows dan Lower High.

Downtrend juga membentuk gelombang yang dikenali sebagai lower swing lows dan lower swing highs.

Selagi pergerakan saham mencipta gelombang harga lower swing lows dan lower swing highs, ini bermakna harga masih berada dalam posisi Downtrend.

Pada pergerakan saham, Downtrend akan sentiasa mencipta New Lows dalam satu-satu tempoh tertentu bergantung sejauh mana harga akan turun sebelum harga akan kembali naik yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

Pelbagai jenis teknik pembelian yang boleh disuaikan untuk situasi downtrend ini antaranya beli pada harga yang telah berada di posisi support (lower low) atau beli pada harga yang mengalami kerugian yang tinggi dalam satu hari.



3. SIDEWAY : HARGA MENDATAR > RANGING

Pergerakan harga Sideways trend adalah harga saham sentiasa menghala secara mendatar yang berlaku disebabkan oleh tekanan supply dan demand adalah sama.

Sideways juga terbentuk daripada arah harga menaik dan menurun adalah sama dalam sesuatu tempoh tertentu, yang kemudiannya harga akan berubah menjadi situasi Uptrend atau Downtrend.


Tempoh waktu harga dalam situasi Sideways tidak dapat ditentukan, tetapi apabila datangnya kemasukan jumlah volume (unit saham) yang tinggi, ini adalah tanda awal harga saham akan mula mengubah arah Uptrend atau Downtrend bergantung kepada pelbagai faktor.

Pelbagai jenis teknik pembelian yang boleh disuaikan untuk situasi Sideways ini antaranya pembelian pada harga yang telah berada di posisi Double Bottom atau di posisi Double Top.

© 2024 by Jerung Saham : Trade like Sniper

  • Whatsapp
  • telegram logo
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube

Proudly created  JERUNG SAHAM

bottom of page