KAEDAH KAJIAN SAHAM
PENGENALAN

Pedangan dan dan pelaburan saham memiliki kajian-kajian yang wajib dilaksanakan sebelum membuat sesuatu keputusan untuk membeli, menyimpan dan menjual saham.
Kajian yang dilaksanakan adalah bergantung kepada keseuaian seseorang dalam membuat sesuatu keputusan.
Kebiasaan kajian adalah di sesuaikan dengan kaedah dan teknik untuk membeli saham seperti teknik scalper, BTST, short term, mid term dan long term.
TIGA (3) KAEDAH UTAMA DALAM KAJIAN
1) FUNDAMENTAL ANALYSIS (FA)
Secara umumnya, kajian Fundamental Analysis (FA) ini adalah untuk mengkaji prestasi syarikat, kewangan dan produk yang di niagakan. Selain itu, kajian FA ini digunakan oleh pelabur saham dan pembeliaan saham untuk jangka waktu yang panjang (long term) iaitu membeli saham, kemudiannya menyimpan lebih dari 3 bulan.
Kaedah kajian FA yang lebih terperinci adalah:
Kajian pada pencarian nilai sebenar sesebuah syarikat serta harga premium untuk diperdagangkan pada papan Bursa Malaysia.
Mengenal pasti harga saham tersebut berada pada harga lebih mahal daripada sepatutnya atau diperdagangkan pada harga yang lebih murah berbanding nilai sebenar syarikat tersebut.
Menjana keuntungan sekiranya dapat mengenal pasti saham syarikat tersebut lebih murah berbanding nilai sebenar syarikat tersebut atau menjual apabila dapat mengenal pasti kedudukan harga saham yang terlampau tinggi daripada harga sepatutnya.
Penilaian FA terikat kepada kuantiti dan kualiti sesebuah syarikat iaitu:
Kuantiti adalah kajian pada data laporan prestasi kewangan syarikat yang diumumkan melalui Bursa Announcement, iaitu kajian pada Income Statement, Cash Flow Current Ratio, Debt Ratio dan juga prestasi laporan tahunan (YoY) atau laporan suku tahunan (QoQ).
Kualiti pula merujuk kepada gabungan antara sentimen syarikat dan juga momentum pasaran semasa sewaktu penilaian syarikat saham. Antara data yang dicari adalah prestasi dan pemilihan orang orang terpenting di dalam syarikat, jenama atau produk yang diniagakan dalam persaingan dunia perniagaan, polisi yang diamalkan syarikat serta sektor yang diceburi.
2) SENTIMENT ANALYSIS (SA)
Sentiment Analysis adalah merujuk kepada tindak balas harga saham di sesuatu kaunter yang terkesan dari berita dan khabar angin yang berlaku. Sebagai contoh, apabila berlaku peperangan antara Rusia dan Ukrain, hampir kesemua sector membual penjualan panic yang menyebabkan harga saham jatuh, tetapi di berberapa sektor seperti sektor minyak pula menaik dengan pantas menyebabkan harga naik ke paras tertinggi.
Situasi penjualan panic dan pembelian beramai-ramai sering berlaku di sesuatu kaunter saham bergantung pada situasi semasa.
Lazimnya, apabila berita dan khabar angin yang positif, akan memberi impak pada harga saham untuk membuat kenaikan (uptrend).
Manakala, apabila berita dan khabar angin yang negatif, akan memberi impak pada harga saham untuk membuat penurunan (downtrend).
Kajian SA boleh di laksanakan dalam pelbagai kaedah iaitu;
Kajian pada berita-berita semasa di akhbar, TV dan internet.
Kajian pada indek-indek di Malaysia seperti index KLCI, index Plantation, index Finance dan lain-lain.
Kajian pada index luar negara seperti index Nasdaq, index Dow Jones, index Emas dan index Minyak.
3) TEKNIKAL ANALYSIS (TA)
Kaedah kajian dengan menggunakan Teknikal Analysis adalah sangat penting kepada pedagang saham (Trader) berbanding pelabur saham (Investor). Pedagang saham akan menggunakan carta harga saham yang dibantu oleh indicator dan lukisan tertentu untuk melengkapkan kajian semasa pasaran saham didagangkan dan selepas pasaran saham di tutup. Kecekapan dalam melaksanakan dan menilai harga saham adalah satu seni yang penting kepada pedagang saham, hal ini kerana, lebih cekap dalam membuat penilaikan pada harga saham di situasi semasa akan memebri impak yang besar iaitu dapat memaksimumkan keuntungan dan mengurangkan kerugian.
Kajian yang lazim dilaksanakan adalah bertujuan untuk:
Mengenalpasti kedudukan harga Entry yang tepat.
Menetapkan kedudukan harga yang sesuai untuk menjual bergantung kepada situasi semasa.
Menilai jangkaan waktu yang sesuai untuk memegang saham (hold) dalam tempoh waktu tertentu.
Menilai jumlah modal yang seusai untuk pembelian saham bergantung kepada kaedah pembelian.
