top of page

JENIS PELABURAN DI MALAYSIA

1. PELABURAN SAHAM

Pelaburan Saham adalah pegangan hak milik sesebuah syarikat dalam bentuk ekuiti. Pembelian saham dapat dilaksanakan secara online dan offline, setelah pembelian berjaya, individu akan memiliki hak dalam aset syarikat yang memberi pulangan apabila syarikat mencatat keuntungan secara tunai. Terdapat lebih 900 syarikat yang berdaftar di Bursa Malaysia.


Mencipta keuntungan di pelaburan saham memiliki 2 kaedah iaitu kaedah berdagang saham dan kaedah melabur saham, berdagang saham adalah membeli sesuatu saham syarikat pada harga yang rendah kemudian menjual pada harga yang lebih tinggi dam tempoh waktu yang singkat. Manakala pelabur saham adalah membeli saham kemudian menyimpan untuk tempoh waktu yang panjang demi mendapatkan keuntungan dalam bentuk faedah (divident).



2. PELABURAN HARTANAH

Pelaburan Hartanah adalah memiliki sesuatu aset untuk dijadikan sumber untuk mencipta keuntungan, antara kaedah mudah untuk mejana pendapatan pasif dengan menyewakan kediaman kepada seseorang untuk didiami.

Pelaburan hartanah memiliki pebagai cabang iaitu Pelaburan Kediaman adalah pelaburan ke atas hartanah hakmilik kediaman seperti rumah teres, pangsapuri, kondominium dan lain-lain jenis hartanah yang memiliki status yang sama. Pelaburan Komersial adalah hartanah yang memiliki status hak milik komersial terutamanya bangunan pejabat Small Office Versatile Office (SOVO), Small Office Flexible Office (SOFO), Small Office Lease Office (SOLO), Small Office Smart Office (SOSO) and lain-lain, hartanah berstatus komersial ini hanya untuk kegunaan perniagaan, biasanya unit-unit ini disewakan kepada syarikat atau pemilik perniagaan. Pelaburan Runcit adalah persamaan dengan pelaburan hartanah komersial tetapi berbeza mekanisme dan lokasi utama. Hartanah runcit ini terletak di pusat membeli-belah dan pusat perniagaan utama. Pelaburan Industri adalah pelaburan berbentuk gudang perindustrian kepada syarikat untuk dijadikan pusat pengedaran di bawah perjanjian jangka panjang, lazimnya mempunyai kadar sewaan dan aliran tunai perkhidmatan tinggi untuk meningkatkan pulangan pelaburan kepada pemiliknya. Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) membeli saham syarikat pemilik hartanah yang mengagihkan pendapatannya sebagai dividen.



3. EMAS DAN PERAK

Pelaburan EMAS & PERAK adalah membeli dan memiliki emas dan perak dalam bentuk fizikal atau simpanan sijil. Pegangan emas fizikal adalah seseorang membeli, memegang emas, menyimpan atau memanipulasikan emas dan silver dalam bentuk jongkong emas dan perak, syiling emas dinar atau barang kemas secara fizikal. Manakala melabur dalam bentuk buku adalah simpanan emas, sijil atau pelaburan emas online tanpa emas. Pegangan emas secara fizikal bebas daripada unsur gharar iaitu unsur yang tidak jelas. 

Lazimnya, pelaburan emas ini memerlukan jangka masa yang panjang untuk menjana keuntungan. Justeru, penyimpanan emas adalah pelaburan yang rendah risiko kerugian. 



4. UNIT TRUST (UNIT AMANAH)

Pelaburan UNIT TRUST adalah suatu dana kolektif yang dikumpulkan menggunakan wang-wang pelabur untuk dilaburkan ke dalam pelbagai sektor atau kelas aset dalam kuantiti yang besar, Antara sektor yang dilaburkan melalui Unit Trust ini ialah Ekuiti saham di Bursa Malaysia dan luar negara, Bond atau sukuk, Fixed deposit dan Money market. Bergantung kepada dana yang di pilih semasa memulakan pelaburan, dana tersebut boleh digunakan untuk dilaburkan sama ada di pasaran dalam negara atau luar negara, seperti Nestle, Petronas, Facebook dan Starbuck.

Dana yang terkumpul itu akan diuruskan oleh pengurus dana/fund manager yang bertauliah dan profesional yang telah dilantik oleh Syarikat-Syarikat Pengurusan Unit Amanah. Fund manager bertanggungjawab menganalisa dan menstrategikan pembelian unit amanah agar pelabur memperoleh keuntungan dari sudut kenaikan harga unit dan pembahagian pendapatan (income distribution).

© 2024 by Jerung Saham : Trade like Sniper

  • Whatsapp
  • telegram logo
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube

Proudly created  JERUNG SAHAM

bottom of page