top of page

JENIS MARKET BURSA MALAYSIA

PENGENALAN

Bursa Malaysia terdapat 3 papan (board) utama iaitu Main Board, Second Board dan MESDAQ. Pada tahun 2009, Main Board dan Second Board digabungkan menjadi Main Market (Papan/Pasaran Utama). MESDAQ pula ditukar menjadi ACE Market (Pasaran ACE). Kemudian, LEAP Market (Pasaran LEAP) pula diperkenalkan oleh Bursa Malaysia pada tahun 2017.


Ketiga-tiga pasaran ini sehingga kini menyenaraikan ke semua saham-saham yang boleh didagangkan di Bursa Malaysia dan memberi lebih banyak pilihan kepada para pelabur dan pedagang.


Bursa Malaysia memiliki 3 jenis pasaran:

  1. Pasaran Utama (Main Market)

  2. Pasaran ACE (ACE Market)

  3. Pasaran LEAP (LEAP Market)


1. Pasaran Utama (Main Market)

Pasaran ini merupakan pasaran terbesar di Bursa Malaysia yang menyenaraikan sebanyak 963 syarikat setakat Mac 2024. Definisi mudah bagi pasaran utama adalah dimana pasaran ini menyenaraikan syarikat-syarikat gergasi yang telah berdiri kukuh dengan modal yang lebih besar. Syarikat-syarikat yang ingin disenaraikan di pasaran utama akan dinilai dari segi market capitalization (nilai syarikat), keuntungan syarikat dan projek infrasturktur.


2. Pasaran ACE (ACE Market)

Pasaran ACE adalah pasaran yang didorong oleh penaja yang direka untuk syarikat yang mempunyai prospek pertumbuhan. Ia dahulu dikenali sebagai Pasaran MESDAQ sebelum 3 Ogos 2009. Penaja mesti menilai kesesuaian penerbit yang berpotensi, dengan mengambil kira ciri-ciri seperti prospek perniagaan, tingkah laku korporat dan kecukupan kawalan dalaman. Jumlah bilangan syarikat adalah 236 pada Mac 2024.


3. Pasaran LEAP (LEAP Market)

Pasaran ketiga di Bursa Malaysia adalah Pasaran LEAP atau nama panjang nya (‘Leading, Enterpreneur, Accelerated, Platform’). Ia merupakan alternatif kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) akses yang lebih besar untuk mendapatkan dana menerusi pasaran modal. Pasaran LEAP hanya boleh diakses oleh pelabur sofistikated yang boleh dikenali sama ada sebagai individu, entiti atau pelabur yang diiktiraf.


© 2024 by Jerung Saham : Trade like Sniper

  • Whatsapp
  • telegram logo
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube

Proudly created  JERUNG SAHAM

bottom of page