JENIS-JENIS AKAUN SAHAM
PENGENALAN
TIGA (3) JENIS CDS AKAUN UNTUK JUAL-BELI SAHAM
Terdapat 3 jenis akaun CDS (Center Depository Service) iaitu:
Akaun tunai (cash account)
Akaun contra (collacteral)
Akaun margin (margin account)
Jenis akaun ini juga sebenarnya sangat memberi impak kepada pedagang lain untuk membuat keputusan mereka sebelum membeli sesuatu kaunter.
AKAUN CDS TUNAI (CASH ACCOUNT)
Akaun tunai ialah akaun daripada duit pendagang sendiri atau duit simpanan. Contohnya anda masukkan Rm 1 ribu ke akaun anda, maka anda hanya boleh berjual beli menggunakan jumlah itu sahaja. Akaun jenis ini sangat sesuai bagi pelabur baru kerana kerugian yang akan ditanggung adalah dari modal anda sendiri.
AKAUN CONTRA (COLLACTERAL)
Akaun Contra pula anda boleh menggunakan modal yang dipinjamkan dari pihak broker untuk menjual beli saham. Kebiasaannya broker akan memberi nisbah 3:1 kepada akaun contra.
Sebagai contoh, bila anda mempunyai modal Rm 1 ribu didalam akaun cds, anda dapat menggunakan Rm 3 ribu dengan nisbah 3:1 dalam pembelian saham. Tetapi hanya dalam tempoh T2 sahaja.
Sekiranya baki contra sebanyak Rm 2 ribu tidak dijelaskan pada T2, maka broker akan membuat jualan (force selling) pada T3 sama ada untung ataupun rugi.
Kebiasaannya akaun ini digunakan untuk pendagang harian yang mahir dengan Teknik scalper, intraday dan BTST dan sangat tidak sesuai bagi pelabur yang baru menceburi bidang saham.
Penjelasan mengenai T1,T2,T3 dan T4 adalah jumlah hari dagangan iaitu
T1 = Hari pertama
T2 = Hari kedua
T3 = Hari ketiga
T4 = Hari keempat
Contohnya, apabila memiliki Akaun Contra T4, pembelian pada hari isnin, haruslah menjual pada hari khamis kerana, hari Isnin adalah T1, Selasa T2, Rabu T3 dan Khamis T4, apabila penjual tidak dilaksanakan, pihak broker akan menjualnya sendiri walaupun status pembelian dalam keadaan rugi pada hari Jumaat T5.
AKAUN CONTRA (COLLACTERAL)
Manakala akaun Margin pula hampir sama dengan konsep akaun contra, tetapi bezanya pada jumlah pinjaman yang lebih tinggi berbanding akaun contra.
Akaun ini tiada sebarang nisbah tetapi bergantung pada latar belakang pelabur itu sendiri. Konsep penjelasan masih sama seperti akaun contra, iaitu menjelaskan baki pinjaman pada T2.
AKAUN SAHAM SYARIAH DAN KONVENSIONAL

