CHART PATTERN
PENGENALAN
Chart pattern adalah istilah yang digunakan dalam kajian teknikal dunia saham, iaitu merujuk kepada pola yang terbentuk dari pergerakan harga dalam jangka waktu tertentu. Wujudnya chart pattern sangat penting bagi pedagang dan pelabur saham untuk digunakan dalam mengkaji dan menganalisis jangkaan spergerakan harga saham di masa yang akan datang.
MAKSUD CHART PATTERN?
Merujuk kepada isi kandungan buku “Powerful Chart Pattern, Powerful Position, & Technical Indicator” oleh Belvin Tannadi, chart pattern adalah pola yang terbentuk dari pergerakan harga saham dalam jangka waktu tertentu yang dipengaruhi oleh psikologi pedagang (trader) dan pelabur (investor). Pergerakan harga saham tersebut akan terjadi secara berulang, sehingga dapat digunakan untuk meramal pergerakan harga saham di masa akan datang.
Selain itu, chart pattern adalah satu komponen penting dalam kajian teknikal analisis untuk meramal harga saham berpandukan corak dan pola dari sebuah pattern yang bergantung pada time frame tertentu. Kebiasaan time frame yang digunakan adalah time frame 1 hari. Seterusnya, pergerakan harga dalam carta saham memiliki pelbagai jenis chart pattern iaitu:
1. Reversal Chart Pattern
2. Continuation Chart Pattern
3. Bilateral Chart Pattern
SEJARAH CHART PATTERN
Dikutip e-Jurnal bertajuk Chart Pattern oleh Mohamad Taqiyudin Ismail, pada permulaan kajian pasaran saham, chart pattern tidak digunakan dalam kajian teknikal analisis.
Pada tahun 1920-an, seorang akauntan iaitu Ralph Nelson Elliot telah mengemukakan hasil pemerhatiannya tentang hubungan antara konsep dasar pada Support dan Resistance telah menghasilkan satu pola harga saham yang terbentuk secara berulang-ulang. Situasi ini merujuk kepada sikap manusia yang memiliki perasaan dan emosi yang mempengaruhi pergerakan harga saham. Justeru, tindakbalas dari pedagang dan pelabur saham akan menghasilkan pola pergerakan harga saham secara berulang-ulang sehingga hari ini. Bukan itu Sahaja, Nelson Elliot yakin bahawa sikap dan tindakbalas pedagang dan pelabur saham akan sentiasa sama.
Terbentuknya pola chart pattern adalah rangkuman hasil dari kesemua aktiviti perdagangan yang dipengaruhi oleh pembelian & penjualan saham, emosi pelabur & pedagang saham, berita semasa & khabar angin, supply & demand, market mode dan lain-lain.
MENGENAL JENIS CHART PATTERN
Melalui buku “Powerful Chart Pattern, Powerful Position, dan Indikator Teknikal” oleh Belvin Tannadi, terdapat 3 jenis chart pattern yang boleh digunakan iaitu:
1. Reversal Chart Pattern
Reversal chart pattern adalah Pola Pembalikan iaitu pola chart yang menghasilkan pembalikan iaitu apabila harga sedang meningkat naik (uptrend) akan berlaku perubahan harga bertukar kepada harga menurun (downtrend) atau harga sedang menurun (downtrend) akan bertukar menjadi harga menaik (uptrend). Pada umumnya chart pattern akan hadir pada harga yang berada di atas (resistance atau top) dan bawah (support atau bottom).
Ciri utama dari chart pattern adalah hasil dari dua titik paling dasar dalam carta harga yang sedang menurun (downtrend) dengan titik rendah yang sama atau hampir sama iaitu rujukan harga yang sebelumnya. Seterunya, titik BP (Breakout Point) merupakan titik yang menjadi penentuan terbentuknya Double Bottoms Pattern, untuk menentukan titik Double Bottoms adalah menggunakan jarak vertikal dari garis horizontal kedua titik dasar ke titik puncak dan diukur dari titik BP.
Reversal chart pattern memiliki pelbagai jenis iaitu:
· Head and Shoulders
· Inverted Head and Shoulders
· Triple Tops
· Triple Bottoms
· Double Tops
· Double Bottoms

2. Continuation Chart Pattern
Continuation chart pattern adalah Pola Lanjutan merupakan signal harga lanjutan dari arah harga sebelumnya.
Chart pattern ini juga dikenali sebagai “pemasa” selama arah harga sambung -menyambung, contoh carta harga yang sedang kenaikan (uptrend), melalui kajian continuation chart pattern dapat meramal arah harga akan betukar arah samaada kekal sambung kenaikan (uptrend) atau bertukar menjadi harga menurun (downtrend). Kesimpulannya, continuation chart pattern sangat berguna dalam kajian teknikal analisis untuk meramal perubahan harga dari tren/wave utama.
Continuation chart pattern memiliki pelbagai jenis iaitu:
· Triangles
· Flags
· Pennants
· Rectangles
· Cup and Handle

3. Bilateral Chart Pattern
Berbeza dari jenis chart pattern sebelumnya, Bilateral Chart Pattern adalah lebih complicated. Hal ini kerana, harga semasa mudah untuk bertukar arah dari harga uptrend kepada harga downtrend atau dari harga downtrend kepada harga uptrend. Oleh itu, harga dari Bilateral Chart Pattern ini boleh menunjukkan pergerakan harga mengikuti arah atau melawan arah. Justeru, untuk menggunakan Bilateral Chart Pattern memerlukan pengalaman panjang dan mahir dalam maramal pergerakan harga saham setrusnya untuk mencipta keuntungan.
Karena sulit diprediksi, bilateral chart pattern tidak bisa dimainkan sembarangan. Sebaiknya pertimbangkan dua skenario yakni upside dan downside breakout, kemudian letakkan satu order di puncak formasi dan satu lagi di bagian dasar. Apabila ada salah satu order mulai terancam, kita tidak perlu panik. Kita masih bisa membatalkan order yang satunya lagi.
Bilateral chart pattern memiliki pelbagai jenis iaitu:
· Descending chart pattern
· Ascending chart pattern
· Symmetrical chart pattern

