top of page

CANDLESTICK

PENGENALAN


Majoriti pelabur atau pedagang saham menggunakan carta untuk membuat analisis teknikal sebelum membeli atau menjual sesuatu saham. Carta yang paling popular digunakan adalah carta jenis candlestick. Carta ini terbentuk daripada batang-batang candlestick. Simbol candlestick adalah seperti batang lilin yang memiliki sumbu di atas dan di bawah. Oleh sebab itu, simbol ini di namakan sebagai candlestick. Seterusnya, candlestick chart ini adalah berasal dari Jepun yang direka oleh Munehisa Homma (172 -1803) iaitu pedagang beras yang mendapat gelaran sebagai "father" of price action trading, technical analysis dan penggunaan candlestick charts.


Candlestick chart adalah chart lengkap yang dapat menunjukkan pergerakan harga saham pada satu-satu tempoh masa yang tertentu mengikut jenis Time Frame yang dipilih. Setiap simbol/batang candlestick tersebut boleh menunjukkan open price, higher price, lower price, dan juga close price. Justeru, candlestick adalah memiliki body (badan) dan shadow (bayang).

Berikut adalah empat komponen asas dalam pembentukan sesebuah candle stick:

  • Harga buka / Open price 

  • Harga tutup / Close price 

  • Harga tertinggi / Highest price 

  • Harga Terendah / Lowest price

  • Garisan atas (bayang) / Upper Shadow

  • Garisan bawah (bayang) / Lower Shadow



PENERANGAN CANDLESTICK


Candlestick chart adalah chart lengkap yang dapat menunjukkan pergerakan harga saham pada satu-satu tempoh masa yang tertentu mengikut jenis Time Frame yang dipilih.


Setiap simbol/batang candlestick tersebut boleh menunjukkan open price, higher price, lower price, dan juga close price. Justeru, candlestick adalah memiliki body (badan) dan shadow (bayang).

Berikut adalah empat komponen asas dalam pembentukan sesebuah candle stick:

  1. Harga buka / Open price 

  2. Harga tutup / Close price 

  3. Harga tertinggi / Highest price 

  4. Harga terendah / Lowest price

  5. Garisan atas (bayang) / Upper Shadow

  6. Garisan bawah (bayang) / Lower Shadow


Candlestick terbahagi kepada dua warna:

  1. Hijau : Harga naik (Untung)

  2. Merah : Harga turun (Rugi)


Namun, ada juga carta klasik adalah menggunakan candle stick putih dan juga hitam

  1. Putih : Harga naik (Untung)

  2. Hitam : Harga turun (Rugi)

Maksud warna pada candlestick

  1. Harga tutup yang lebih tinggi berbanding harga buka, candlestick hijau terbentuk.

  2. Harga tutup yang lebih rendah berbanding harga buka, candlestick berwarna merah terbentuk.

Harga penutupan (close) dan harga pembukaan (open) inilah yang akan membentuk “body” candlestick.

Garisan pada bahagian atas dan bahagian bawah di candlestick dikenali sebagai shadow

  1. Upper Shadow : berada di atas body candlestick

  2. Lower Shadow : berada di bawah body candlestick 

  3. Garisan/Shadow di bahagian atas dan bawah candle hijau dan merah menunjukkan :

  4. Upper Shadow adalah “highest price” : harga tertinggi

  5. Lower Shadow adalah “lowest price” : harga terendah


PEMBENTUKAN CANDLESTICK (TIME FRAME 1 HARI)


Pembentukan candlestick adalah bergantung kepada jenis Time Frame yang dipilih pada carta pergerakan saham di dalam platform. 


Di bawah adalah penceritaan bagaimana pembentukan candlestick boleh terjadi, untuk Time Frame 1 hari yang dibandingkan dengan Time Frame 1 minit (9 pagi - 5 petang).

Penceritaan bagaimana pembentukan candlestick 1 hari daripada carta pergerakan saham dari 9 pagi hingga 5 petang untuk candlestick uptrend (hijau), iaitu telah mendapat keuntungan.


Penceritaan bagaimana pembentukan candlestick 1 hari daripada carta pergerakan saham dari 9 pagi hingga 5 petang untuk candletick downtrend (merah), iaitu sedang mengalami kerugian.


CANDLESTICK PATTERN


Candlestick memiliki pelbagai jenis bentuk yang dikenali sebagai candletick pattern iaitu bergantung kepada keadaan pasaran yang berlaku berlaku. Setiap jenis candletick pattern memiliki maksud dan ramalan untuk pergerakan saham akan berlaku pada masa hadapan.

Ini adalah candlestick pattern yang akan dijumpai dalam carta pergerakan harga saham.



SEJARAH ASAL CANDLESTICK (MUNEHISA HONMA-JEPUN)

Candlestick chart pattern adalah pergerakan harga saham yang telah berlaku pada masa silam, tetapi berlaku banyak kali di pelbagai jenis kaunter saham. Oleh itu, candletick chart ini amat berguna untuk meramal pergerakan harga saham pada masa hadapan.​ Ini adalah candlestick chart pattern yang akan dijumpai dalam carta pergerakan harga saham.


Sejarah candlestick, di cipta oleh Munehisa Honma yang berasa dari Jepun pada abad ke-18 iaitu 1724 - 1803. Honma menggunakan candlestick ini untuk trader komoditas beras. Selain itu, Honma telah di diberi gelaran "tuhan" oleh pasaran pada zaman tersebut. Seterusnya, Honma bertanggungjwab mencipta candlestick chart, candlestick trading pattern dan di gelar bapa kepada price action dan technical analysis.

Honma dilahirkan pada tahun 1724 di Sakata, Jepun dan memiliki latar belakang dari keluarga yang kaya. Pada umur 26 tahun iaitu pada tahun 1750, keluarganya telah memberikan kepercayaan penuh untuk mengendalikan perniagaan kerana Homma seorang yang rajin dan bekerja keras demi dalam bekerja.

Sejak diberi kepercayaan, berbekal ilmu seadanya, Honma telah mula trading pertamanya di bursa komoditi beras tempatan di kawasan pelabuhan Sakata. Tempat ini memang terkenal sebagai pusat untuk perdagangan beras. Setelah kematian ayahnya, Honma telah mengambil alih sepenuhya untuk mengendalikan semua aset yang dimiliki keluarganya. 

Pada waktu ini, Sepanjang abad ke-18, Honma telah bekerja keras untuk mengumpul data-data harga pasaran komoditi beras. Seterusnya data-data ini djadikan sebagai untuk meramal pergerakan harga yang bakal tercatat pada masa hadapan. Antara data yang dikumpul adalah pencatatan setiap data yang terjadi, bermula dari harga pembukaan, harga terendah, harga tertinggi dan harga penutupan pada setiap hari dengan menggunakan kertas yang dibuat daripada pokok beras.

Dari data yang berhasil di kumpul, Honma telah mengenalpasti pola (pattern) yang berlaku secara berulang-ulang di banyak candlestick harga yang dicatat. Dari pola ini, Honma telah memberi nama candlestick patterns yang telah digunakan dalam pelbagai pasaran pelaburan pada masa kini. Oleh yang demikian, terdapat nama candlestick dalam bahasa Jepun seperti doji yang berasal dari nama pasaran beras pada waktu itu, iaitu "Pasar Beras Dojima".

Honma dikenali sebagai trader yang hebat dalam sejarah, diceritakan Honma berjaya mencatat keuntungan daripada pasaran komoditi beras di Jepun iaitu 10 billion jika disamakan pada waktu ini. Honma juga pernah mencatat kemenangan trader sebanyak 100 kali berturut-turut. Bukan itu sahaja, Honma adalah seorang penasihat kewangan yang terpenting untuk negara Jepun yang kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi "Samurai Trader".

Tindakan Honma ini telah mengubah dunia dalam menganalisa pergerakan harga dalam dunia pelaburan. Pada era modern, Steven Nison memperluaskan dan menyebarkan maklumat serta ilmu candlestick ini ke barat dan serata dunia. 

© 2024 by Jerung Saham : Trade like Sniper

  • Whatsapp
  • telegram logo
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube

Proudly created  JERUNG SAHAM

bottom of page