top of page

BROKER PLATFORM

PENGENALAN

 

Menurut kamus dewan bahasa, broker adalah orang tengah dalam urusan perniagaan. Ramai yang fikir broker saham adalah individu seperti mana broker hartanah dan broker kereta sedangkan broker saham adalah syarikat.

 

Broker saham adalah syarikat tengah yang menghubungkan di antara pelabur dan Bursa Malaysia. Kerana pelabur tidak boleh membeli saham syarikat direct daripada Bursa Malaysia. Perniagaan Bursa Malaysia mestilah melalui broker untuk melaksanakan transaksi pembelian dan penjualan saham

 


STRUKTUR PASARAN SAHAM TERBUKA


SYARIKAT:

Listing di bursa Malaysia yang mana semua orang boleh beli saham syarikat tersebut.

 

BURSA MALAYSIA:

Nama lamanya bursa saham BSKL diibaratkan seperti ‘pasar’ yang menjadi tempat jual beli antara orang awam (pelabur) dan syarikat (pemilik perniagaan).

 

SYARIKAT BROKER / INVESTMENT BANK:

Syarikat yang mempunyai lesen dan kebenaran dari Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk jadi “ORANG TENGAH” menghubungkan antara orang awam (pelabur) dan syarikat (pemilik perniagaan).

 

DEALER / REMISIER:

Jika seseorang ingin membuka akaun saham CDS, orang tersebut  mesti membuka akaun ini dengan  seorang dealer atau remisier yang mengurus akaun tersebut. Dealer / Remisier juga berperanan memasukkan transaksi pembelian dan penjualan saham.

 

PELABUR:

Orang awam (kita semua)



PERBEZAAN BROKER

 

Terdapat beberapa perbezaan yang paling ketara antara broker-broker saham ni antaranya:

 

1. Brokerage fee

2. Platform

3. Servis oleh Broker / Remisier

 


SENARAI BROKER DI BURSA MALAYSIA

 


Senarai ranking broker platform broker di Bursa Malaysia

https://www.bursamalaysia.com/trade/trading_resources/brokers_for_equities/broker_ranking

 

 

SOALAN LAZIM (FAQ)

 

Apakah Kelebihan Pelaburan Saham Berbanding Pilihan Pelaburan Lain?

Pelaburan saham menawarkan potensi pulangan yang tinggi dan peluang untuk memiliki bahagian dalam syarikat yang berjaya.

 

Berapa Banyak Wang Yang Saya Perlu Untuk Memulakan Pelaburan Saham?

Jumlah wang yang diperlukan bervariasi bergantung pada broker dan saham yang dipilih. Banyak broker menawarkan akaun dengan modal permulaan yang rendah.

 

Bagaimana Saya Boleh Menganalisis Prestasi Sejarah Broker Saham?

Anda boleh menganalisis prestasi sejarah broker saham melalui laporan kewangan mereka, ulasan pelanggan, dan prestasi saham yang mereka tawarkan.

 

Apakah Risiko Utama Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Pelaburan Saham?

Risiko utama termasuk ketidakstabilan pasaran, ketidakpastian ekonomi, dan risiko khusus syarikat.

 

Adakah Broker Saham Menawarkan Bantuan Pelanggan?

Ya, kebanyakan broker saham menyediakan bantuan pelanggan melalui talian, e-mel, atau perbualan langsung untuk membantu pelabur dengan pertanyaan mereka.

© 2024 by Jerung Saham : Trade like Sniper

  • Whatsapp
  • telegram logo
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube

Proudly created  JERUNG SAHAM

bottom of page