Trading Heroes (pilihan Jerung Saham)
- JERUNG SAHAM
- Jun 3, 2021
- 1 min read

Trading heroes ini adalah seseorang yang telah berjaya dijadikan rujukan dan sandaran untuk berdagang saham.
Dua trading hero yang saya jadikan sebagai rujukan untuk berdagang adalah Paul Rotter dan Ed Seykota. Paul Rotter saya jadikan sumber rujukan untuk short term trade, manakala Ed Seykota untuk trade mid term dan long term. Dibawah saya sertakan 10 point penting daripada 2 trading hero ini.

Paul Rotter
1. Seorang trader yang menggunakan teknik scalper untuk berdagang.
2. Mengambil keuntungan 3 bid hingga 5 bid sahaja.
3. Focus pada winning rate dalam sehari
4. Menetapkan jumlah kerugian harian untuk berhenti berdagang
5. Membaca berita dan kabar angin sebelum dan semasa berdagang
6. Melaksanakan lebih 100 trade dalam sehari
7. Memahami psikologi market
8. Kurang menggunakan indicator
9. Setiap kali membeli adalah bergantung pada pendapat dirinya sendiri
10. Segera cut loss apabila harga jatuh.
Kejayaan terbesar, anggaran keuntungan adalah $ 68,000,000.00 hingga $ 75,000,000.00 setahun selama 10 tahun berturut-turut.

Ed Seykota
1. Seorang trader yang menggunkan teknik trend following semasa berdagang.
2. Sangat mementingkan cut loss dalam money management
3. Disiplin dan focus pada trading plan
4. Jual kaunter saham yang rugi, kekalkan pegangan pada kaunter saham yang sedang untung
5. Menggunakan indicator untuk membeli dan menjual saham.
6. Sentiasa membaki sistem trading, menjadi lebih sempurna untuk perbagai situasi market
7. Memahami psikologi market
8. Sentiasa menggunakan modal yang kecil setiap kali membeli (money management)
9. Hanya membeli saham yang sedang menaik (uptrend)
10. Abaikan nasihat dari orang lain, hanya tumpu pada pendapat sendiri.
Kejayaan terbesar, mengembangkan modal pelanggannya dari $ 5,000.00 menjadi $ 15,000,000.00 iaitu peningkatan sekitar 300,000% dalam masa 12 tahun.
Comments